NOTIS KEPADA PENGUNJUNG KE SANTUARI KELAH, SUNGAI PETANG TASIK KENYIR
PELAWAT YANG MEMASUKI KAWASAN SANTUARI KELAH SUNGAI PETANG, TASIK KENYIR ADALAH TERTAKLUK DENGAN TERMA DAN SYARAT YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PIHAK PENGURUSAN.
1. TIKET MASUK HANYA DIJUAL DI KEDAI KENYIR SHOPPE, PENGKALAN GAWI SAHAJA.
2. HARGA TIKET ADALAH TIDAK TERMASUK INSURANS.
3. TIKET YANG TELAH DIBELI TIDAK BOLEH DIBATALKAN, DITUNDA ATAU DIJUAL SEMULA ATAS APA JUA SEBAB DAN ALASAN (TERMASUK DISEBABKAN OLEH BENCANA ALAM).
4. PELAWAT MESTILAH MEMATUHI WAKTU MELAWAT YANG DITETAPKAN DAN PERATURAN KHUSUS TATACARA LAWATAN DI KAWASAN SANTUARI KELAH SUNGAI PETANG.
5. HANYA PELAWAT YANG MEMPUNYAI TIKET YANG SAH SAHAJA AKAN DIBENARKAN MASUK.
6. PELAWAT MESTILAH MEMPAMERKAN TIKET BERKENAAN SEPANJANG BERADA DI KAWASAN SANTUARI.
7. MASA YANG DIBENARKAN MELAWAT ADALAH BERMULA JAM 9 PAGI SEHINGGA 12 TENGAHARI SAHAJA. SILA RANCANG PERJALANAN ANDA.
8. PENGUNJUNG TIDAK DIBENARKAN UNTUK MEMBAWA MASUK MAKANAN ATAU MINUMAN DARI LUAR KE DALAM KAWASAN SANTUARI KELAH.
9. PIHAK PENGURUSAN BERHAK UNTUK TIDAK MEMBENARKAN PELAWAT MEMASUKI KAWASAN SANTUARI KELAH SUNGAI PETANG BERDASARKAN FAKTOR-FAKTOR TERTENTU.
10. PIHAK PENGURUSAN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEMALANGAN, KECURIAN ATAU SEBARANG MALAPETAKA YANG DISEBABKAN OLEH MANUSIA, HAIWAN ATAU FAKTOR ALAM SEMULAJADI.
11. SEGALA RISIKO ADALAH TANGGUNGJAWAB PELAWAT SENDIRI.
SEKIAN, TERIMA KASIH KETENGAH NIAGA & TOURS SDN BHD